Wednesday, February 24, 2010

KG MORTEN, MELAKA - VILLA SENTOSA A LIVING MUSEUM

Sambungan cerita ke Melaka lagi minggu lepas. Cerita kali ni panjang sikit..maklumlah kena dgn selera kita..he..he..

Kali ini kami ke Villa Sentosa, merupakan rumah pengasas awal Kg Morten iaitu Allahyarham Dato Demang Hj Abd Ghani.
Kg ini merupakan sebuah kampung tradisional melayu yg lokasinya menghadap betul2 Sg Melaka. Lebih kurang dlm 100 buah rumah tradisional lama terdapat dikampung ini dan telah dipelihara dgn baik dgn bantuan kerajaan Melaka dan merupakan salah satu tempat pelancongan yg mesti dilawati bila keMelaka.
Perkampungan ini wujud dr tahun 1920-an lagi dgn pengasasnya adalah Dato Demang,dan diberikan nama Kg Morten sempena mengambil nama Tuan J.F Morten iaitu salah seorang pengawai tanah British diMelaka dahulu yg telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg kena dipindahkan dr Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British.
Dan sekarang rumah ini masih didiami oleh Pewaris Ke-3 nya iaitu En Abd. Rahim Bin Hj Hashim & keluarganya iaitu cucu kepada Dato Demang.



Jom layan gambar-gambar..



Selamat Datang Ke Villa Sentosa..bergambar dgn kawan se geng..Baei
Penerangan sejarah & asal usul Kg Morten & Villa Sentosa oleh pewaris Ke-3 rumah ini iaitu En Abdul Rahim Bin Hj Hashim Bin Dato Demang Hj Abdul Ghani. Diselang seli dengan pantun2 lama & bahasa kiasan..begitu menarik sekali. En Abdul Rahim juga fasih speaking english..menganga kita mendengarnya..pelbagai bahasa beliau tahu..antaranya..Perancis, Jepun,Portugis dll..seronok mendengar celotehnya yg kaya dgn sejarah & pengalaman hidup zaman tuk neneknya dulu2.. Jom kita masuk kedalam rumah..banyak brg2 antik terdapat disini, antaranya gong,pelamin,bilik tidur semuanya barang antik & asalnya yg dah berada dirumah tersebut.

Tapi camera & mata saya ni lebih fokus pada apa lagi ya..semestinya pinggan mangkuk antik...hantu katakan..


Menyambut tetamu masuk..mula2 dianjung rumah..ada disitu Pinggan Hiasan China & sterika tembaga antik & Acuan Kuih dll



Pelita Antik..semestinya dlm rumah ni..
Pelbagai Tureen



Teko bunga rose buatan J&B England..letak gitu je kat kabinet dapur..
Teko Kotak
Meja makan..kalu Yatt tengok pinggan mangkuk ni..mau meroyan dia..he..he..sorry ye Yatt..jgn saman akak ekk..
Wuishh..meleleh..meleleh..rasa macam nak duduk ja kat umah ni...


Spice boat buatan J&B England
Ngam sungguh teko2 lama duk dalam gobok antik ni..
Deretan teko2 alladin pelbagai corak...haii..rasa nk amek wat balik je satu2..saborrr je le..

Corak bunga gandum ni tk pernah nampak kat mana blog antik lagi

Set oren bunga putih..pun tak pernah tengok lagi..walaupun berdebu tp warnanya terang & cun bebbb..
Set teko & cawan naga...tak pernah tengok lagi design ni...cantik..cantikk..meleleh air liur lagi..
Almari baju antik..dlm tu ada pakaian baju lama..songket dan mcm2 barang perkhawinan zaman dolu2 .
Almari solek Antik dgn set dandanan antik jgak...rasa nk angkut je semua ni balik umahhh..
Teko Roses...cute2..
Set cawan Dutchman..lawa2..gerammmm..
Teko Kotak lagi
Teko Kotak Mini..cute je..
Bergambar kat tangga pintu masuk Villa Sentosa
Bergambar dgn tuan rumah En Abd Rahim(2 dr kanan) dan Professor Idid(kanan), professor di Utm dan juga merupakan kawan lama pada tuan rumah yg telah banyak membantu melancarkan lagi lawatan MyEstima di Kg Morten ini
Sebelum balik,bergambar kenangan ramai2 dgn tuan rumah.Jambatan Kg Morten..melintasi Sg melakaAnak sulung saya posing belakang jambatan Kg MortemPosing lagi sebelum naik kete masing2..

Panjang cerita Kg Morten ni..sebahagian gambar yg ada menceritakan segalanya..jadi pada peminat2 antik mcm kita2 ni..tak rugi rasanya pergi melawat disana..3 jam saya disana tak puas..org lain dah turun menikmati hidangan minum petang, saya masih tak turun2..ralit tengok brg2 antik dan sibuk amek gambar lip-lap2..tak lepas dgn camera..sampai rombongan lain gurau perli2 saya..suruh tuan rumah check takut ada barang hilang nanti..he..he..sabor je lahh..kalu diberi..nak rasanya angkut wat balik ngan lori keKemaman...

3 comments:

  1. salam ..terharu ble puan post an ttg kg saya selaku generasi ke 8 kpd hj.hashim bin dato demang abdul ghani..memang seronok di sana=)

    ReplyDelete
  2. Salam disyorkan agar gambar Dato Demang di dahului dlm web ini kerna itulah sejarahnya....generasi lain ingin tahu
    cd

    ReplyDelete
  3. saper ni yg generasi kelapan..saya cucu kepada Tuan Hj Hashim Sir Dato Demang Haji Abdul Ghani Bin Haji Abdul Manan,OBE,MBE....(Order Of British Empire,Member Of British Empire)
    bukan calangan orang dapat Knighted from King Goerge Of England ni,father of Queen sekarang..

    ReplyDelete