Showing posts with label Wild Roses. Show all posts
Showing posts with label Wild Roses. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

TUREEN ROSE

Salam Syawal 14, 1431H..ni entry pertama selepas Ramadhan lalu..masih dalam mood raya..malasnya nk updated blog...makan kuih raya banyak sangat kot..hihihi..Ok kali ni nak share Tureen Rose seakan Wild Roses yang dirembat dr Tasha. Bunga Rose comey 4 kuntum ni sungguh cantik pada mataku..nanti boleh la digandingkan dengan set2 wild roses yg dah sedia ada tu..


Tureen Rose ke dua yang tanpa penutup..rembat jgak sebab berkenan ngan bunga Rose 3 kumtum tu sweet sangat, walaupun tiada tutup & sompek..beli jgak dgn tokey antik AJ sbb dpt potongan harga yg amat berbaloi, ramai otai antik dah ada Tureen corak ni, kalu tak salah hari tu nmpak kat rumah Yatt & Ezany
Double Tureen - 2 tureen seakan serupa digandingkan bersama
Ok la buat hari ini..selamat berhari raya lagi buat semua..tata..

Wednesday, April 7, 2010

THANK YOU EZANY

Salam..semalam dapat kiriman teko barter dari Ezany dari Ezany Galleria..dalam parcel tu terselit satu mangkuk tambah wild rose ni..dalam hati berkata.."..Bila lak aku order mangkuk ni??" Ooo..agaknya Ezany tersilap kot sebab yg akak ada mention dgn dia nak mangkuk bujur kekwa hitam..tak pe lah nanti nk call dia..mungkin dia tengah pening lepas kejadian kemalangan pinggan mangkuknya tempohari..".

Tup2 petang kebetulan Ezany call..dan akak mention pasal mangkuk ni..rupa-rupanya mangkuk wild rose ni Ezany bagi sebagai hadiah harijadi akak tempohari..alhamdulillah..terimakasih Ezany..macam tau2 aje ya akak tengah kumpul set wild rose ni...

Memang tak pernah bersua, cuma dari berhubung dialam maya..dichat room, sms dan di telefon dan projek barter-membarter pinggan mangkuk, cawan & teko..mengenali Ezany sebagai seorang yg soft spoken bila berbual & menghormati orang yg lebih tua(akak le..)..dan bila membaca N3 kejadian kemalangan pinggan mangkuknya..akak turut bersimpati dari jauh..

Tapi rupanya dalam pada tengah bersedih tu, Ezany masih ingat akak disini..mulianya hatimu dik..insyaallah akak doakan agar rezeki Ezany pun murah dan semoga Allah dapat memberi jalan yg dipermudahkan untuk menggantikan balik pinggan mangkuk yg dah hilang tu.. insyaalah..

Sunday, March 28, 2010

CAWAN TEA CHINA WILD ROSE

Cawan Teh china, baru dari apek..tp saiz kecik sikit je dari cwn biasa..pada peminat yg tak ada cawan wild roses yg susah nak dapat tu..boleh la order sekarang sebelum habis stok untuk koleksi...
SAIZ DIA - 3 INCI
TINGGI - 2.3 INCI

RM6.00 SATU @ 6 PCS RM30.00
2 SET SOLD..ADA3 SET LAGI



Monday, March 15, 2010

KOLEKSI WILD ROSES KU

Koleksi Wild Roses ni sebenarnya tak ada dalam "My Wish List" tapi bila pergi hunting apeks,lepas jumpa pinggan makan..lepas tu jumpa lagi teko..lagi teko..makin ditelek..makin cun jugak bunganya walaupun kecil2...

So berkenanlah jugak untuk simpan utk koleksi sendiri..asyik jual je..nanti kut simpanan sendiri pun tak ada..nanti menyesal tak abihhh..
Ha..yg ni baru dapt dgn Har minggu lepas...comey kan warnanya...

Jadi sekarang bila dah ramai2 kumpul, meriahlah sikit family wild roses ni..cuma cawannya tak nampak batang hidung dok sembunyi kat mana..shas pun ada gak 2 ketoi..akak ni..nan adoi..he..he..nak tunggu apek jawapnya..sampai bila la...so kalu blogger2 lain yg ada nak jual tu roger2 lah kat saya ye..

Sunday, March 7, 2010

TEKO WILD ROSE

Fresh from apek
RM55.00 Each + Post
SIZE 5 INCI - SOLD 2 , 1 BOOKED - HABIS

Monday, February 22, 2010

PINGGAN WILD ROSE

PINGGAN MAKAN MUNGKUM - SAIZ 9 INCI
RM15.00 SATU - Ada 1 sahaja - BOOKED


Sunday, February 21, 2010

TEKO BULAT & MINI WILD ROSES


TEKO BULAT WILD ROSES
RM50.00 SATU - ALL BOOKED
Fresh from apek..Teko lama,bukan keluaran baru,Chop Made In China huruf merah..lupa nak ambil gmbar cop mohor
TEKO MINI WILD ROSES
RM45.00 SATU - BOOKED 2 - HABISS
Made In China lama..bukan keluaran baru..
BEZA 2 SAIZ TEKO