Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

CUTI - CONVOY KE ROMPIN

Baru ada masa nak share gambar2 masa gi berconvoy ke Rompin minggu lepas utk menikmati udang galah yg femes disana..Convoy ni semata2 utk makan2 dan meramah mesrakan lagi sesama ahli...Jom layan..

Sticker utk tampal kat kereta..urmm semangat..semangat..
Along sedang tengok papanya tampal sticker..samalah 2 beranak tu...
1st Day..menu udang galah semestinya...lunch kat pantai..ala2 berkelah gitu.. Yummy..yummy..

BBQ..ibu2 sedang kopek kulit jagung fresh yg beli kat Rompin..manis2..mlm tu aje saya makan jagung bakar sampai 3 biji..he..he..Menu udang lagi,mabuk udang dah tu....sampai tak makan nasi..

Anak2..apa lagi kalu dah jumpa swimming pool..tak makan minum tak pe..


Bergambar kenangan depan Summerset Resort, Rompin sebelum bertolak balik


Dlm perjalanan balik singgah lagi makan udang galah kat Medan Selera Leban Condong, Rompin...hummm...sedapnya..Udang yg baru dibersihkan...tengoklah tu segar2 nya..

Nampaknya misi aktiviti telah berjaya dgn jayanya..2 hari makan udang galah...

Wednesday, March 3, 2010

JALAN LAGI..SINGAPORE

Salam..saja je nak share gambar2 minggu lepas masa gi keSingapore. Anak makcik sebelah hubby buat kenduri kahwin..Sebelum tu dah janji dgn Eija, Sitokey Pelita nk jumpa utk amek barang barter..tp nampaknya Tokey Pelita sibuk dgn aktiviti Maulud Nabi..so kita pergi dulu janji nk jumpa hala balik nanti..tapi tak sempat juga kerana masa keluar kat kastam dah malam..so Eija mintak maaf banyak2..lain kali je kita jumpa erkk..Time hubby ada ni berjalan je tiap hari minggu, minggu depan nk gi ke Rompin pulak..convoy Udang Galah ke Rompin by MyEstima East Coast's group. Nak gi hunting pun tak sempat..tu la takda N3 terbaru..N3 jalan2 jelah yg ada..layannn...

Berhenti minum ABC kat Danga Bay, JB sebelum driving masuk Spore

Bergambar kenangan dgn pengantin lelaki, Rizal anak Kak Ara yang tinggal kat Woodlands.
Puteri dgn sepupunya dari Singapore, AyrusSambil menyelam smbil minum air..sebelum majlis, sempat pergi ke Sentosa Island..last datang sini tahun 1998. Banyak yg berubah..kali ni naik train(MRT) pulak(dulu tak da lagi)..dulu naik cabel car..gayat tak usah cerita lah..

Station Sentosa..tunggu train ke Pulau Sentosa untuk ke Underwater World.

Lepas tu lepak2 kat One Fullerton yg ada mercu tanda Merlion. Naik Duck's River Cruise..dalam bot..anak ke-3 saya Farris..tak lepas dgn buku notanya...setiap perjalanan percutian semua ditulisnya dlm buku tu..boleh buat jurnal nanti...
Berlatarbelakang mercu Singapore..Merlion & Bgunan bentuk Durian

Makan time...chilly crabnya tu menjilat jari..boleh tahan sedap jugak seafood kat Spore ni, makan dalam 10 orang kena SG280.00...uishhh kalu kat tempat kita tak sampai rasanya...

Wednesday, February 24, 2010

BERSELERA MAKAN

Dalam perjalanan balik dr diMelaka tempohari..singgah makan tengahari disebuah kedai makan di Kg Palong..dekat2 ngan Felda Serting, N9 kalau tak silap...makcik tu hidang pakai pinggan mangkuk lama...wuishhh...laju je makan..sukanya...
Tanya makcik tu jual tak pinggan lama ni..dia kata tak jual..peninggalan org tua katanya...frust betulll..
Tapi yg bestnya masa singgah berhenti sembahyang..bukak bonet nk amek telekong..nampak ada bungkusan kertas suratkhabar dalam bonet...suspen gak sebab rasanya tak ada beli mende2 dlm perhentian tadi..buka2 rupanya 2 biji pinggan corak 5 Roses & Twin Rose..tanya hubby..selamba dia kata tadi dah dengar mama tanya makcik tu..Agaknya kesian kat saya kut..masa saya & anak2 naik kereta dia gi bodek makcik tu..dapatlah 2 biji pinggan, makcik tu suruh cukupkan bayaran makan nasi RM26.00 pada Rm30.00..jadinya Rm2.00 sebijikk...hu..hu...sayang gak laki aku kat aku....he..he..

KG MORTEN, MELAKA - VILLA SENTOSA A LIVING MUSEUM

Sambungan cerita ke Melaka lagi minggu lepas. Cerita kali ni panjang sikit..maklumlah kena dgn selera kita..he..he..

Kali ini kami ke Villa Sentosa, merupakan rumah pengasas awal Kg Morten iaitu Allahyarham Dato Demang Hj Abd Ghani.
Kg ini merupakan sebuah kampung tradisional melayu yg lokasinya menghadap betul2 Sg Melaka. Lebih kurang dlm 100 buah rumah tradisional lama terdapat dikampung ini dan telah dipelihara dgn baik dgn bantuan kerajaan Melaka dan merupakan salah satu tempat pelancongan yg mesti dilawati bila keMelaka.
Perkampungan ini wujud dr tahun 1920-an lagi dgn pengasasnya adalah Dato Demang,dan diberikan nama Kg Morten sempena mengambil nama Tuan J.F Morten iaitu salah seorang pengawai tanah British diMelaka dahulu yg telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg kena dipindahkan dr Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British.
Dan sekarang rumah ini masih didiami oleh Pewaris Ke-3 nya iaitu En Abd. Rahim Bin Hj Hashim & keluarganya iaitu cucu kepada Dato Demang.



Jom layan gambar-gambar..



Selamat Datang Ke Villa Sentosa..bergambar dgn kawan se geng..Baei
Penerangan sejarah & asal usul Kg Morten & Villa Sentosa oleh pewaris Ke-3 rumah ini iaitu En Abdul Rahim Bin Hj Hashim Bin Dato Demang Hj Abdul Ghani. Diselang seli dengan pantun2 lama & bahasa kiasan..begitu menarik sekali. En Abdul Rahim juga fasih speaking english..menganga kita mendengarnya..pelbagai bahasa beliau tahu..antaranya..Perancis, Jepun,Portugis dll..seronok mendengar celotehnya yg kaya dgn sejarah & pengalaman hidup zaman tuk neneknya dulu2.. Jom kita masuk kedalam rumah..banyak brg2 antik terdapat disini, antaranya gong,pelamin,bilik tidur semuanya barang antik & asalnya yg dah berada dirumah tersebut.

Tapi camera & mata saya ni lebih fokus pada apa lagi ya..semestinya pinggan mangkuk antik...hantu katakan..


Menyambut tetamu masuk..mula2 dianjung rumah..ada disitu Pinggan Hiasan China & sterika tembaga antik & Acuan Kuih dll



Pelita Antik..semestinya dlm rumah ni..
Pelbagai Tureen



Teko bunga rose buatan J&B England..letak gitu je kat kabinet dapur..
Teko Kotak
Meja makan..kalu Yatt tengok pinggan mangkuk ni..mau meroyan dia..he..he..sorry ye Yatt..jgn saman akak ekk..
Wuishh..meleleh..meleleh..rasa macam nak duduk ja kat umah ni...


Spice boat buatan J&B England
Ngam sungguh teko2 lama duk dalam gobok antik ni..
Deretan teko2 alladin pelbagai corak...haii..rasa nk amek wat balik je satu2..saborrr je le..

Corak bunga gandum ni tk pernah nampak kat mana blog antik lagi

Set oren bunga putih..pun tak pernah tengok lagi..walaupun berdebu tp warnanya terang & cun bebbb..
Set teko & cawan naga...tak pernah tengok lagi design ni...cantik..cantikk..meleleh air liur lagi..
Almari baju antik..dlm tu ada pakaian baju lama..songket dan mcm2 barang perkhawinan zaman dolu2 .
Almari solek Antik dgn set dandanan antik jgak...rasa nk angkut je semua ni balik umahhh..
Teko Roses...cute2..
Set cawan Dutchman..lawa2..gerammmm..
Teko Kotak lagi
Teko Kotak Mini..cute je..
Bergambar kat tangga pintu masuk Villa Sentosa
Bergambar dgn tuan rumah En Abd Rahim(2 dr kanan) dan Professor Idid(kanan), professor di Utm dan juga merupakan kawan lama pada tuan rumah yg telah banyak membantu melancarkan lagi lawatan MyEstima di Kg Morten ini
Sebelum balik,bergambar kenangan ramai2 dgn tuan rumah.Jambatan Kg Morten..melintasi Sg melakaAnak sulung saya posing belakang jambatan Kg MortemPosing lagi sebelum naik kete masing2..

Panjang cerita Kg Morten ni..sebahagian gambar yg ada menceritakan segalanya..jadi pada peminat2 antik mcm kita2 ni..tak rugi rasanya pergi melawat disana..3 jam saya disana tak puas..org lain dah turun menikmati hidangan minum petang, saya masih tak turun2..ralit tengok brg2 antik dan sibuk amek gambar lip-lap2..tak lepas dgn camera..sampai rombongan lain gurau perli2 saya..suruh tuan rumah check takut ada barang hilang nanti..he..he..sabor je lahh..kalu diberi..nak rasanya angkut wat balik ngan lori keKemaman...