Showing posts with label Teratak Puteri Qareshah. Show all posts
Showing posts with label Teratak Puteri Qareshah. Show all posts

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum buat semua blogger, rakan-rakan dan pengunjung TERATAK PUTERI khasnya. Saya dari Blog TERATAK PUTERI mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" sekiranya ada terlanjur bicara, terguris hati atas tutur bicara & perbuatan. Terimakasih atas sokongan kawan-kawan dan mengenali kalian sesuatu yang amat istimewa buat saya. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna buat semua & semoga belalu berbahagia disamping keluarga tersayang.
Ikhlas dari saya Chah, Kamardin, Qamares Firdaus, Qamares Farhan, Qamares Farris & Puteri Qareshah Nur Fatin. Wassalam.

Untuk semua bloggers..sudi2 kanlah amek kad raya dr saya ni, tepek kt blog..



Sunday, August 22, 2010

OLE-OLE DARI MIDDLE EAST LAGI

Salam tengahari 12 Ramadhan..tengahari2 gini mata ni rasa kuyu ajerr..layan FB & Blog, godek2 komputer, jumpa picture yg diambil 2 bulan lepas. So sambil rehat waktu office hours ni, ni la nak tunjuk ole2 yg dibawa hubby dari Middle East. Dah bawa balik 2-3 bulan lalu, baru nak tayang..hehehe..apa2 pun layan yer..jgn sampai tertidur lak..hehehe..


Nak kata Tureen ke mangkuk ni..tak tau la..penuh ngan corak kerawang2 gitu. Sepasang dibawak balik sebagai ole2 utk isteri yg meminati barang seangkatannya...



Sepasang Tureen/mangkuk yang berkaki yg begitu comel ni. Rasanya bukan antik tapi suka sangat dapat ni dari jauh lagi.


Tutupnya yg penuh ngan ukiran, warna gold lagi. Apapun thanks tu hubby yg begitu prihatin melayan minat isterinya...alhamdulillah bertambah koleksi..





Tuesday, February 23, 2010

CUTI2 MALAYSIA - MELAKA

Sambungan cuti2 Malaysia lagi..hari Sabtu dah sampai diMelaka..kalu yg tengok semua baju warna merah2 tu..t-shirt yg keluarga MyEstima Convoi Ke Melaka(3 hari 2 malam)..mentang2 lah Raya China..baju pun merah..tak pa..manyak ongg maa..

Beratur menunggu giliran menaiki bot utk River Cruise

Menyusuri Sungai Melaka

Permandangan Sungai Melaka - dah bersih sekarang
Jalan2 diBandar Hilir

Berlatarbelakang Sungai Melaka ngan hubby tersayang
Diatas Bukit Kat Gereja St Paul

Nanti akan menyusul sambungan ke Kg Morten..yg ni best2...byk mende2 antik yg nak share...




Sunday, February 21, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA LAGI

Salam Ahad...alhamdulillah baru ada masa lepas seminggu bercuti ni..kebetulan cuti Raya China anak2 bercuti panjang kerana mereka semua bersekolah disekolah Cina..so dpt cuti 1 minggu..mak & ayah pun tumpang sekaki la..Petang Khamis lagi saya dah bertolak keKL.bermalam dirumah kakak saya di Danau Kota, Setapak.
Esok paginya kami sekeluarga kerumah Nannie..(minggu lps dah curi2 buat N3..).Selepas balik dr rumah Nannie,malam tu kami makan di Satay Station dekat Masjid Kg Baru KL..specialnya sataylah kat situ..ni kali kedua kami makan disini.

Wow..sedapnya satay, mee rebusnya pun ada gak..

Makan malam di Satay Station dekat Masjid Kg Baru dgn kakak saya & suaminya
Selepas makan pusing2 KL..anak saya nak tengok Twin Tower waktu malam..so pergi jugaklah sebab anak saya SiPuteri, kalu gi KL mesti nak tengok Twin Tower ni,baginya begitu istimewa, terpegun tengok bangunannya yg begitu tinggi dan cantik...jakun jugak anak2 & saya juga apa kurangnya..he..hee...biasanya tengok dlm TV aje..cantiknya tak usah ceritalahh..
Ada lagi lapuran cuti2 Malaysia yg bakal menyusul..kat Melaka lagi ada cerita menarikk..tunggu ya..

Thursday, February 11, 2010

TEKO ALLADIN 1001 MALAM? ..Ole-Ole dari Middle East

Salam Khamis buat kawan2 semua..ehh.apa pulak macam teko alladin ni..?? Haa.. nak tau cerita ini adalah ole2 yg dibawa oleh cik abe tersayang dr Bumi Para Ambia nuu..

Utk pengetahuan kawan2..suami saya bekerja diBumi Ambia dgn salah satu syarikat international oil & gas di Doha,Qatar. 5 minggu kerja disana dan off 5 minggu pulak diMalaysia..cuma tak bawak family je..jadi apa2 berkenaan family biasanya saya yg settlekan sendiri kalau time duty dia disana..memang menuntut pengorbanan yg sangat tinggi..tp sebelum tu dah berbincang panjang lebar..pejamcelik2 dah hampir3 tahun dia berulang-alik.

So.. kadang kala sblm pulang dia selalu bertanya apa yg nak dibeli..dulu2 gila beli perfume sbb duty free..mcm2 jenama terbaru semua dh ada, kain tudung, jubah jgn ceritalah..sebab harganya memang murah.Tapi lately ni saya suruh intai pinggan mangkuk & brg2 antik pulak..sian lak laki, kalau hari minggu tak pergi offshore,kena round pasar Arab kat sana..hu..hu..

Dan minggu lepas dia telah membawa balik 2 ole-ole yg istimewa ni..Menurut kata penjual, ini adalah bekas puak2 Arab sana membakar kemenyan atau gaharu utk mewangikan rumah..dlm teko tu dibwh tutup tu ada bekas ceramic utk letak gaharu dan asap wangi akan keluar ikut corong depan tu..Suspen gak..mula2 ingat teko Alladin Arab 1001 Malam..he..he..

Tapi cuttingnya yg comel ni, tutup & pemegangnya dari solid wrought iron dihiasi batu2 permata dibadannya...betul2 buat saya terharu..I love U cayang..




Ingatkan made in Arab..tapi rupanya "Made In China" jugak..he..he..cuma ada tulisan Arab kat je montotnyer..


Satu lagi yg dibawa balik table lamp..dengan berat yg amat sbb bodynya dr dr wrought iron jugak. Dia beli sbb ada offer, yg ni baru QR50.00 lbh kurang RM50.00 kita..murahnya..Nasib baik lamp shapenya tak pecah masuk kargo.



Corak bunga kat kaki..comel jerkk..

Sunday, January 24, 2010

KOLEKSI DECOUPAGE DITERATAK PUTERI

Antara beberapa koleksi decoupage yg dibuat sendiri..buat jelah labu..sbb kalu nk tempah reganya boleh tahan.. antaranya decoupage pada;

TIN BISKUT BEKAS SIRAM AIR
BOTOL ..semua botol kubedal buat..botol kicap,sos,sunquick..he..he.

SENDUK KAYU









Monday, December 28, 2009

CUTI2 MALAYSIA



Salam Isnin...wehhh lamanya tak buat N3. Saya baru balik dr cuti2 Malaysia bersama rombongan konvoi 1 MALAYSIA ahli KELAB MYESTIMA. Seminggu dari Kemaman, KL, Kedah, Perak, Penang, Kelantan, K Trg dan balik semula umah di Kemaman. Penat sungguh weiii...balik pulak sibuk laundry dgn 2 beg besar baju2 kotor...sian mesin basuh kena keja double..
Tapi dalam cuti2 tu masih sempat jugak pegi hunting..kui3..(kata eija).

Masa diPenang pegi rumah kelahiran P.Ramlee..terujanya anak dara saya si Puteri kerana dia memang minat P.Ramlee & Saloma. Kalu tengok cerita2 lama tu,sampai boleh hafal ayat2 kelakar P.Ramlee & geng. Dan apa yg saya tengok kat dapur rumah P.Ramlee ada pinggan mangkuk lama ni..antaranya corak bunga kangkung, rose jambatan, JG Meakin Sunshine Kuning dll lagi..tapi dilarang ambik gambar dlm rumah..Pelita nyonya pun ada jugak tergantung dlm bilik...sukanya saya tengok tu semua..

2nd day, pagi2 lagi saya dah pegi Lorong Kulit sbb org kata pasar tu bukak awal pagi..tapi sampai disana dlm jam 7.00 pagi, peniaga baru nak bukak gerai..so..saya tak tunggu lama terus balik ke hotel sbb jam 8.30 pagi masing2 dah nak bertolak ke Kelantan pulak..tak pelah..mungkin lain kali...pujuk hati..

Wednesday, December 9, 2009

Teratak Puteri

Pinggan mangkuk tu tgh sabor tunggu tuan dia snap gambor..sabor ye..nanti sampai giliran...he..he..Background belakang tu aquarium kesayangan cik abe..Tikar mengkuang beli masa balik kg baru ni..tukar ngan carpet sbb hero no.2 ada asma..tak leh habuk2..


Sebahagian ruang tamu teratak ku yg seciput ni..layanzz..

Salam Perkenalan


Assalamualaikum..salam perkenalan dari saya dan selamat datang ke Teratak Puteri. Daripada perasaan ingin tahu tentang English Deco & Antik Porcelin saya secara tak sengaja telah mengunjungi blog2 yg ada..1st jumpa blog K Muna pasal Decoupage. First order set decoupage & tisu2 pun dgn K Muna & Razna. Dari situ bermulalah saya berjumpa dgn blog Yatt, Cik Mat Gebu, Eija, Shas, Wana Rainhouse, Merah Samar, Ida, K Yah, K Azah, K Intan dan ramai lagi kalau nak sebut semua(sekadar menyebut beberapa nama..)