Monday, December 28, 2009

CUTI2 MALAYSIA



Salam Isnin...wehhh lamanya tak buat N3. Saya baru balik dr cuti2 Malaysia bersama rombongan konvoi 1 MALAYSIA ahli KELAB MYESTIMA. Seminggu dari Kemaman, KL, Kedah, Perak, Penang, Kelantan, K Trg dan balik semula umah di Kemaman. Penat sungguh weiii...balik pulak sibuk laundry dgn 2 beg besar baju2 kotor...sian mesin basuh kena keja double..
Tapi dalam cuti2 tu masih sempat jugak pegi hunting..kui3..(kata eija).

Masa diPenang pegi rumah kelahiran P.Ramlee..terujanya anak dara saya si Puteri kerana dia memang minat P.Ramlee & Saloma. Kalu tengok cerita2 lama tu,sampai boleh hafal ayat2 kelakar P.Ramlee & geng. Dan apa yg saya tengok kat dapur rumah P.Ramlee ada pinggan mangkuk lama ni..antaranya corak bunga kangkung, rose jambatan, JG Meakin Sunshine Kuning dll lagi..tapi dilarang ambik gambar dlm rumah..Pelita nyonya pun ada jugak tergantung dlm bilik...sukanya saya tengok tu semua..

2nd day, pagi2 lagi saya dah pegi Lorong Kulit sbb org kata pasar tu bukak awal pagi..tapi sampai disana dlm jam 7.00 pagi, peniaga baru nak bukak gerai..so..saya tak tunggu lama terus balik ke hotel sbb jam 8.30 pagi masing2 dah nak bertolak ke Kelantan pulak..tak pelah..mungkin lain kali...pujuk hati..

No comments:

Post a Comment