Tuesday, May 25, 2010

MY ROSE CABBAGE'S COLLECTION

Rose Cabbage..begitulah nama yg aku tahu dari hasil berblog ni..bunganya memang cute membuat saya pun tak mahu ketinggalan untuk mengumpul corak ini sebagai koleksi peribadi. Hanya yg ada dlm keluarga ini setakat ini iaitu 2 biji teko bulat, 2 biji pinggan makan besar & sebiji cawan bujang
2 biji teko bulat & 2 biji pinggan makan barter ngan K Yah Koleksi Ibu..cantik sangat bunganya..
Seketoi cawan bujang barter dgn Yatt..jadilah ek dari tak ada...

Sunday, May 16, 2010

PELITA BARU DITERATAK PUTERI

Sajerr je nak update pelita2 yg baru jadi penghuni di Teratak Puteri..antaranya..Pelita Cawan Tinggi & Pelita Enamel Merah
Pelita Coklat Cair & Pelita Decoupage
Pelita Kura-Kura & Pelita VCR..beli ngan Tokey Pelita...dapat free 1 Pelita Hijau
Yang last, baru dapat masa hunting kat apek...cantik & klasik sangat pelita ni..chimneynya berceloreng hijau & merah, lain dari yg lain...walaupun berkarat tak apa..tapi sayang cacat skett..
..montotnya dah pecah la plok...aderr aku kesahh...

HADIAH HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua guru2..budaya bagi hadiah di Hari Guru telah menjadi seolah2 satu kemestian..awal2 lagi anak2 dah remind untuk belikan hadiah..hmmm..tahun ni fikir2 nak bagi hasil decoupage aje pada cikgu2 mereka..sambil2 tu boleh la save duit untuk beli hadiah..tapi buat sendiri pun penat jugak tau..habis tangan bergelumang dgn cat2..gam..varnish..tapi apa2 pun ikhlas sebab hadiah tu untuk cikgu2 anak yang telah bersusah payah mendidik mereka..kalau nak dibandingkan pengorbanan mereka tak dapat di ukur dengan wang ringgit.


Masing2 pilih botol2 yang telah siap decoupage untuk hadiah hari guru pada cikgu masing-masing.
Firdaus pilih botol Roses untuk Cikgu Liza
Farhan pilih botol corak cawan cafe
Farris pulak pilih botol Topiari Roses
Botol yang Puteri nak bagi pada cikgu2nya
Dah siap letak dlm paper bag..tak sabar mereka nak bagi pada guru masing-masing

Thursday, May 13, 2010

DINNER HARI IBU

Lagi cerita Hari Ibu
Kek Hari Ibu - Hadiah dari Achik(Farris) .. kek ni dibeli sendiri kat kedai berhampiran sekolahnya..tak nak kongsi duit dgn abang2nya, RM12.00 kumpul duit sekolah..how sweett..


Cendawan Goreng Celup Tepung
Antara menu Hari Ibu..sedap2 semua..Tq hubby..








Monday, May 10, 2010

KAD DARI ANAK-ANAK & HUBBY

Selepas kutip kad dr rakan...petang semalam kutip kad dari anak2 & hubby pulak..selepas terkejar2 dgn trafic jam..sempat lagi hantar barang yg SANMAWIA order. Jumpa Mawia kejap sebelum dia bertolak ke KL..anak2 dah sibuk telefon tanya sampai jam berapa..dan bila sampai rumah masing2 dah tak sabar nk bagi kad masing..lepas tu bersiap2 pula nak pergi makan malam sempena meraikan Hari Ibu...jadi tak payah masak malam tadi..hhmm..kalau la begini hari2 kan tentu syokk...

Kad dari Hubby..Kad??..tapi dilukis diatas pinggan polisterin..(..mentang2 la bini dia ni suka pinggan-mangkuk..)
Kad dari my Princess..Puteri
Kad dari Achik (Farris)
Kad dari Angah (Farhan)
Dikepilkan sekali dgn markah ujian..hmm dpt markah penuh..(sebab saya selalu bising kerana Angah ni lemah sket dlm pelajaran..jadi nk tunjuk bukti dia boleh la tu..ha..ha..
Kad dr Along (Firqdaus)..bagi puisi..maklumlah dah jd org bujang..jiwang skett..

Terharunya dapat kad2 dari insan tersayang..semoga kebahagiaan ini milik kita selamanya..Amin..


Sunday, May 9, 2010

PETIK BUNGA DI HARI IBU

Sempena Hari Ibu..hari ni kutip bunga yg cantik2 dari alam maya. Terimakasih atas ingatan..antaranya dari;

Dari K yah Koleksi Antik Ibu
Dari Kak Azah KK
Dari Leya Zakwan

Thursday, May 6, 2010

My Maple Leaf's Collection


Salam Khamis..hari ini dihidangkan dengan N3 set "MAPLE LEAF". Corak diatas walaupun tiada bunga waima sekuntum pun sungguh menggamit perasaan untuk memilikinya..walaupun hanya dedaun tapi corak & warna orennya sungguh memikat. Tengok blog kawan2 yg ada dah pasang angan2 untuk memiliki set ini satu hari nanti..akhirnya dapat jugak berkumpul di Teratak Puteri.


Set cawan Mulut Lebar..barter dengan K Yah dari Blog Koleksi Antik Ibu..asalnya 6 pasang, tapi satu dah selamat menjadi arwah dlm perjalanan...cunnya..tak puas mata memandang..
Set cawan bentuk biasa..cukup 6 pasang
Teko Si Aladdin pojaan hatiku..sungguh menggoda kalbu..

Teko bulat biasa..tapi bunganya nampak lebih penuh dari bunga kat teko Aladdin

Digandingkan dgn sugar pot yg nampak sepadan yg dipinang dr Blog Tasha Malaysian Antik...nampak segak jugak walaupun daunnya dari bukan species maple tu

Yezzzaaa...mai pakat gambar ramai-ramai...mana lah aku nk taruk banyak2 menda alah ni... weiii...macam dah nak jadi orang tamak, asyik nakk aje...ahakss..

Tuesday, May 4, 2010

MY KEKWA HITAM COLLECTION

Salam ceria buat semua..bila dok belek2 N3 Teratak Puteri..saya perasan tak pernah buat N3 pasal Koleksi Kekwa Hitam ni lagi..hanya N3 untuk jualan je yg dah ada..jadi dgn tahap kemalasan yg dah cecah tinggi tu buat keluar jugak la sikit sebanyak koleksi ni dari almari doraemon..walaupun hitam kupandang manis..

Sepanjang terlibat ngan sessi hunting-menghunting ni, pada saya corak Kekwa Hitam ni paling mudah nk jumpa kat apek berbanding dgn corak2 yg lain.. so mari kita layan ya..

2 Teko bulat..satu bunganya kecik sikit..lg satu besar & cun..tapi teko jenis bulat ni aje yg pernah nampak..kalu ada Aladdin nk nengok jugak bagaimana cun nya teko tu..tp tak pernah jumpa lagi setakat ni..

2 jenis cawan yang dapat kumpul..lama gak cari baru berjumpa set cawan idaman hati..
Mulut lebar..jenis ni memang menjadi buruan blogger antik..alhamdulillah dapat juga akhirnya..
Sejenis lagi cawan mulut lebar..dah la tu bibir terjuih pulak..ha..ha..dapat hanya 12 set..6 set dah let go..
Pinggan, piring, mangkuk serba sedikit..malas nk wat amek keluar semua, malas nk susun atur , malas nak snap picture..pas tu nak kena susun balik kat almari doreamon..malassnyerrr...hu..hu..susahnya bila kena penyakit M ni..