
Salam Khamis..hari ini dihidangkan dengan N3 set "MAPLE LEAF". Corak diatas walaupun tiada bunga waima sekuntum pun sungguh menggamit perasaan untuk memilikinya..walaupun hanya dedaun tapi corak & warna orennya sungguh memikat. Tengok blog kawan2 yg ada dah pasang angan2 untuk memiliki set ini satu hari nanti..akhirnya dapat jugak berkumpul di Teratak Puteri.
Set cawan Mulut Lebar..barter dengan K Yah dari Blog Koleksi Antik Ibu..asalnya 6 pasang, tapi satu dah selamat menjadi arwah dlm perjalanan...cunnya..tak puas mata memandang..

Set cawan bentuk biasa..cukup 6 pasang

Teko Si Aladdin pojaan hatiku..sungguh menggoda kalbu..

Teko bulat biasa..tapi bunganya nampak lebih penuh dari bunga kat teko Aladdin

Digandingkan dgn sugar pot yg nampak sepadan yg dipinang dr Blog Tasha Malaysian Antik...nampak segak jugak walaupun daunnya dari bukan species maple tu

Yezzzaaa...mai pakat gambar ramai-ramai...mana lah aku nk taruk banyak2 menda alah ni... weiii...macam dah nak jadi orang tamak, asyik nakk aje...ahakss..

salam kchah..sunguh cantik mata memandang ibarat berguguran daunan jatuh dimusim luruh.
ReplyDeleteMemang class chah..(Klu nak pinggan plater maple 10" utk 2 ketoi-shariff ada-jgn segan sms lah)