Wednesday, February 24, 2010
BERSELERA MAKAN
Tanya makcik tu jual tak pinggan lama ni..dia kata tak jual..peninggalan org tua katanya...frust betulll..
Tapi yg bestnya masa singgah berhenti sembahyang..bukak bonet nk amek telekong..nampak ada bungkusan kertas suratkhabar dalam bonet...suspen gak sebab rasanya tak ada beli mende2 dlm perhentian tadi..buka2 rupanya 2 biji pinggan corak 5 Roses & Twin Rose..tanya hubby..selamba dia kata tadi dah dengar mama tanya makcik tu..Agaknya kesian kat saya kut..masa saya & anak2 naik kereta dia gi bodek makcik tu..dapatlah 2 biji pinggan, makcik tu suruh cukupkan bayaran makan nasi RM26.00 pada Rm30.00..jadinya Rm2.00 sebijikk...hu..hu...sayang gak laki aku kat aku....he..he..
KG MORTEN, MELAKA - VILLA SENTOSA A LIVING MUSEUM
Kali ini kami ke Villa Sentosa, merupakan rumah pengasas awal Kg Morten iaitu Allahyarham Dato Demang Hj Abd Ghani.
Kg ini merupakan sebuah kampung tradisional melayu yg lokasinya menghadap betul2 Sg Melaka. Lebih kurang dlm 100 buah rumah tradisional lama terdapat dikampung ini dan telah dipelihara dgn baik dgn bantuan kerajaan Melaka dan merupakan salah satu tempat pelancongan yg mesti dilawati bila keMelaka.
Perkampungan ini wujud dr tahun 1920-an lagi dgn pengasasnya adalah Dato Demang,dan diberikan nama Kg Morten sempena mengambil nama Tuan J.F Morten iaitu salah seorang pengawai tanah British diMelaka dahulu yg telah mencari kawasan yg sesuai kepada penduduk yg kena dipindahkan dr Kg Jawa oleh kerajaan jajahan British.
Dan sekarang rumah ini masih didiami oleh Pewaris Ke-3 nya iaitu En Abd. Rahim Bin Hj Hashim & keluarganya iaitu cucu kepada Dato Demang.
Jom layan gambar-gambar..
Selamat Datang Ke Villa Sentosa..bergambar dgn kawan se geng..Baei
Penerangan sejarah & asal usul Kg Morten & Villa Sentosa oleh pewaris Ke-3 rumah ini iaitu En Abdul Rahim Bin Hj Hashim Bin Dato Demang Hj Abdul Ghani. Diselang seli dengan pantun2 lama & bahasa kiasan..begitu menarik sekali. En Abdul Rahim juga fasih speaking english..menganga kita mendengarnya..pelbagai bahasa beliau tahu..antaranya..Perancis, Jepun,Portugis dll..seronok mendengar celotehnya yg kaya dgn sejarah & pengalaman hidup zaman tuk neneknya dulu2.. Jom kita masuk kedalam rumah..banyak brg2 antik terdapat disini, antaranya gong,pelamin,bilik tidur semuanya barang antik & asalnya yg dah berada dirumah tersebut.
Tapi camera & mata saya ni lebih fokus pada apa lagi ya..semestinya pinggan mangkuk antik...hantu katakan..
Menyambut tetamu masuk..mula2 dianjung rumah..ada disitu Pinggan Hiasan China & sterika tembaga antik & Acuan Kuih dll
Pelita Antik..semestinya dlm rumah ni..
Pelbagai Tureen
Teko bunga rose buatan J&B England..letak gitu je kat kabinet dapur..
Teko Kotak
Meja makan..kalu Yatt tengok pinggan mangkuk ni..mau meroyan dia..he..he..sorry ye Yatt..jgn saman akak ekk..
Wuishh..meleleh..meleleh..rasa macam nak duduk ja kat umah ni...
Spice boat buatan J&B England
Ngam sungguh teko2 lama duk dalam gobok antik ni..
Deretan teko2 alladin pelbagai corak...haii..rasa nk amek wat balik je satu2..saborrr je le..
Corak bunga gandum ni tk pernah nampak kat mana blog antik lagi
Set oren bunga putih..pun tak pernah tengok lagi..walaupun berdebu tp warnanya terang & cun bebbb..
Set teko & cawan naga...tak pernah tengok lagi design ni...cantik..cantikk..meleleh air liur lagi..
Almari baju antik..dlm tu ada pakaian baju lama..songket dan mcm2 barang perkhawinan zaman dolu2 .
Almari solek Antik dgn set dandanan antik jgak...rasa nk angkut je semua ni balik umahhh..
Teko Roses...cute2..
Set cawan Dutchman..lawa2..gerammmm..
Teko Kotak lagi
Teko Kotak Mini..cute je..
Bergambar kat tangga pintu masuk Villa Sentosa
Bergambar dgn tuan rumah En Abd Rahim(2 dr kanan) dan Professor Idid(kanan), professor di Utm dan juga merupakan kawan lama pada tuan rumah yg telah banyak membantu melancarkan lagi lawatan MyEstima di Kg Morten ini
Sebelum balik,bergambar kenangan ramai2 dgn tuan rumah.Jambatan Kg Morten..melintasi Sg melakaAnak sulung saya posing belakang jambatan Kg MortemPosing lagi sebelum naik kete masing2..
Panjang cerita Kg Morten ni..sebahagian gambar yg ada menceritakan segalanya..jadi pada peminat2 antik mcm kita2 ni..tak rugi rasanya pergi melawat disana..3 jam saya disana tak puas..org lain dah turun menikmati hidangan minum petang, saya masih tak turun2..ralit tengok brg2 antik dan sibuk amek gambar lip-lap2..tak lepas dgn camera..sampai rombongan lain gurau perli2 saya..suruh tuan rumah check takut ada barang hilang nanti..he..he..sabor je lahh..kalu diberi..nak rasanya angkut wat balik ngan lori keKemaman...
TEKO KANGKUNG LAGI
Perbezaan saiz dgn teko alladin..cuma teko bulat ni mungernya kecik sket..
TEKO KANGKUNG BULAT - SAIZ 6 INCI
RM45.00 SATU
TEKO SAKURA PUTIH OREN LAGI
ADA DALAM 2 SAIZ
TINGGI 5.5 INCI - RM30.00 SATU - SOLD 3, ADA LAGI
TINGGI 4.5 INCI - RM28.00 SATU - SOLD 1, ADA LAGI
Beza saiz dgn teko koleksi saya
Tuesday, February 23, 2010
CUTI2 MALAYSIA - MELAKA
Beratur menunggu giliran menaiki bot utk River Cruise
Menyusuri Sungai Melaka
Permandangan Sungai Melaka - dah bersih sekarang
Jalan2 diBandar Hilir
Berlatarbelakang Sungai Melaka ngan hubby tersayang
Diatas Bukit Kat Gereja St Paul
Nanti akan menyusul sambungan ke Kg Morten..yg ni best2...byk mende2 antik yg nak share...