Sunday, January 31, 2010

FOR SALE - MUG BURUNG BANGAU


MUG BERTUTUP BURUNG BANGAU
FRESH FROM APEK
RM17.00 SATU - BOOKED

PINGGAN BLACK ROSE

PINGGAN BLACK ROSE - Ada campur hijau2 sket...
Baru belum pakai
SAIZ BESAR 10.5 INCI
SOLD


PINGGAN FOR SALE

PINGGAN KEKWA BIRU
SAIZ BESAR 10 INCI
Belum pakai,fresh from Apek
RM18.00 SEBIJI - BOOKED - ABIS DAH

PINGGAN & CREAMER JUG BUNGA GANDUM

SOLD

CREAMER BUNGA GANDUM
RM35.00 SATU

SOLD - HABISS DAH..

PINGGAN MAKAN LEPER, SAIZ BESAR - 10 INCI
RM20.00 SATU
ADA DUA SAHAJA LAGI


KALAU AMBIL PACKAGE (2 PINGGAN + 1 CREAMER JUG)
RM70.00 SAHAJA

GREEN ROSES KEMBALI

Kembali lagi, yg dahulu habis terjual, pinggan lama tapi belum pakai, fresh from apek.

PINGGAN MAKAN LEPER BESAR - 10.5 INCI
RM20.00 SATU - ADA 4 KEPING SAHAJA - SOLD











TEKO ROSE JAPAN


BARU,FRESH FROM APEK
RM65.00 EA - SOLD


ADA 2 BIJI SAHAJA - ABISS DAH


MIOJ 9" ROSE JAPAN

MIOJ ROSE JAPAN
PINGGAN MUNGKUM 9 INCI
- ALL SOLD!



FOR SALE - PINK YELLOW ROSES

PINK YELLOW ROSES
PINGGAN MUNGKUM SIZE 9 INCI - FRESH FROM APEK
RM15.00 SATU
- ALL SOLD -






Friday, January 29, 2010

SI JALUR MERAH LAH PULAKK..


Salam sejahtera semua..N3 kali ni pula pasal keluarga sijalur saya lagi. Hari itu dah N3 pasal Si Jalur Hijau..insyaalah nanti saya akan terima titipan dr Bumi DiBawah Bayu dari Ryana Little House, iaitu anak Si Jalur Hijau.
Setelah dipersetujui maka, Ryana telah bermurah hari utk menghantar anak-anaknya berkumpul di Teratak Puteri. Terimakasih tidak terhingga kepada Ryana kerana telah bermurah hati untuk menemukan keluarga yg telah terpisah itu..

Si Jalur Merah ini pula saya baru ada Teko & 6 set cawannya..alhamdulillah..ramai juga blogger yg dah ada set ini macam Nannie, Ca dan rasanya Yatt pun ada. Saya je yg terlambat..he..he..apa2 pun seronok kerana ada set jalur2 ni..



Sunday, January 24, 2010

KOLEKSI DECOUPAGE DITERATAK PUTERI

Antara beberapa koleksi decoupage yg dibuat sendiri..buat jelah labu..sbb kalu nk tempah reganya boleh tahan.. antaranya decoupage pada;

TIN BISKUT BEKAS SIRAM AIR
BOTOL ..semua botol kubedal buat..botol kicap,sos,sunquick..he..he.

SENDUK KAYU









YANG HITAM-HITAM SAHAJA

Salam Ahad semua..sambil berehat-rehat dihari minggu..saya nak share koleksi saya yg hitam-hitam semua..hee.hee..orang lain duk sibuk kumpul munger2 rose..saya pulak sibuk kumpul sihitam ni.
Ada yg beli online, ada yg barter dan semestinya ada yg terjah apek..layann...







Saturday, January 23, 2010

ANAK SIJALUR HIJAU

Lupa lak nak tunjuk anak2 SiJalur Hijau ni kat Sabah nuu..he..he..

SIJALUR HIJAU

JEJAK KASIH SIJALUR HIJAU
Salam buat kawan2 blogger semua..kalu sesiapa dah tengok blog Ryana LITTLE HOUSE, ada N3 pasal SiJalur Hijau yg merindui si ibunya disini. Hari itu ada blogger nak tolong satukan anaknya(sicawan) tp tak jadi sebab lain benar jauh lari keturunannya..apa2 pun terimaksih kerana telah bersusah-payah menolong..

Saya pun sebenarnya dalam dilemma samada nak lepaskan maknya dan 3 adik beradik yg lain ni ke Sabah atau tak..rasanya sayang juga..kerana baru je rasanya si ibu tunggal ni nak berteduh di Teratak Puteri...dah ada org yg nak masuk merisik..he..he..

Macamana pendapat blogger..nk lepaskan atau tak siibu ni berkumpul dgn anak2nya ke Bumi Dibawah Bayu??


Inilah wajah si ibu yg dirindui oleh anak2nya di Sabah nuu..



KEKWA PINK FOR SALE


FOR SALE KEKWA PINK
1 PINGGAN MAKAN MUNGKUM 9.5 INCI
3 PINGGAN MAKAN DARA MUNGKUM 7 INCI
2 PIRING KUIH LEPER 6 INCI
2 SUDU
RM65.00 FOR ALL ABOVE ( Tidak termasuk pos)
- SOLD


Friday, January 22, 2010

TEASET FROM MIDDLE EAST


Kali saya nak share koleksi saya sendiri, tapi ni bukan dari Barat, China, Jepun atau tapi dari Timur Tengah. Saya beli masa baru2 lepas kahwin, masa tu kat Malaysia dlm awal 90-an masing2 tengah gila shopping barangan kristal kat LITTLE EGYPT.

Mana2 negeri ada cawangan ni, say beli kat cawangan Kuantan..tapi sekarang dah tak ada dah LITTLE EGYPT ni. Disamping borong pasu & bunga2 kristal banyak juga Teaset2 yg menarik hati.

Corak macam bunga kekwa keemasan cukup memikat hati. Tekonya yg lembut lemah gemalai seolah-olah melambai-lambai suruh bawak dia pergi..alahaii....he..he..

Harganya boleh tahan jugak tapi dek kerana hati dah suka..dua tiga kali ulang-alik window shopping, akhirnya set ni ada dalam simpanan saya. Complete set terdiri dari Teko, Sugar Pot, Creamer Pot dan 6 biji set cawan mulut lebar..Warna keemasan gold platednya hingga sekarang tetap bersinar-sinar... layannnn...






Wednesday, January 20, 2010

MACAM-MACAM PELITA

Ada 4 corak yg berlainan
RM12.00 satu


PELITA LONDON DOUBLE DECKER - 1 SOLD, ADA 1 BIJI LAGI


PELITA PRINCESS BARBIE - 2 PCS SOLD - HABIS

PELITA WINNIE THE POOH - 1 PC SOLD, - ADA LAGI

Sunday, January 17, 2010

DODOL DAUN PALAS




Salam hari Ahad utk rakan...tadi ada rakan blogger datang rumah dr Kuantan, Rose dari WITAROSES..ni pun 1st time jumpa dia, Rose datang ngan mak dan anak daranya. Terimakasih atas kunjungan Rose..dr alam maya ke alam realiti..wow...
Ahad kat Kemaman merupakan hari bekerja..manalah saya sempat sediakan kuih petang..tengok2 ada dodol yg dibeli kat Pasar Payang minggu lepas masa balik kampung..


Dodol ni dibungkus dlm daun palas..rasanya kat Terengganu je ada dodol ni..rasanya mestilah sedap, nak-nak bila disimpan dalam freeze..bg dia keras sikit, rangup macam rasa kerak2 gitu.. Dan yang pentingnya bila dihidangkan dalam pinggan kangkung...bersama Teh O panas dlm cawan kangkung lagi..makin menjadi keklasikkan makanan tradisional ni..he..he..oppss..alamak..dalam sibuk2 amek gambar dodol terlupa pulak nak amek gambar Rose... :)